SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA BALING MSSM, BAHAGIAN PENDIDIKAN SUKAN & SENI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Thursday 6 June 2013

HARI KELIMA - 6 JUN 2013

Pasukan Selangor ...warmingup sebelum memasuki gelanggang...
 Kejohanan Bola Baling MSSM 2013 melangkah masuk hari kelima. Ini bermakna hanya tinggal sehari sahaja lagi kejohanan akan berlangsung sebelum tirai dilabuhkan untuk tahun 2013 ini. Pada hari ini telah diadakan perlawanan bagi separuh akhir. Kesemua pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir ini kelihatan berhempas pulas bagi melayakkkan ke peringkat akhir yang akan diadakan pada petang ini dan esok.

Pada perlawanan pertama pagi ini bagi kategori B12P, Selangor telah menewaskan Sabah dengan kedudukan 12 berbalas 9. Negeri Sembilan pula terpaksa akur dengan kekuatan Perak selepas ditumpaskan dengan kedudukan mata 7-3. Ini bermakna pasukan Selangor akan berentap dengan pasukan Perak dalam pusingan akhir yang dijadualkan pada jam 3:00 petang ini.

Selain itu pula, bagi kategori B12L, pasukan tuan rumah akhirnya berjaya menampa tempat ke peringkat akhir esok untuk bertemu dengan pasukan Selangor setelah berjaya menumpaskan Sabah 19 berbalas 16. Sabah atau Kelantan pula sekadar mampu untuk mendapat tempat ketiga sekiranya negeri tersebut menang pada perlawanan petang ini.

Sedia...Pasukan B18P Pahang bersedia melangkah memasuki gelanggang...

Perak tetap menunjukkkan belang bagi kategori B18P apabila negeri ini sekali lagi berjaya menempah tempat ke pusingan akhir untuk bertemu Terengganu. Pada perlawanan yang dilangsungkan tengahari tadi pasukan Perak berjaya membenam Pahang dengan kedudukan 14-7. Sementara itu pula Johor akur dengan kekuatan Terengganu setelah dikalahkan 8-11.



Selangor terpaksa menerima kekalahan dengan Pahang


" Yang muda disayangi...yang tua dihormati..."

Pada tahun ini negeri Perak dianggap sebagai pasukan handal apabila berjaya menempah tempat ke pusingan akhir kecuali bagi kategori B12L. Pasukan B18L negeri ini juga layak ke pusingan akhir esok setelah membenam Terengganu 22 berbalas 18. Perlawanan antara kedua negeri ini dianggap sengit kerana kedua-dua pasukan saling kejar mengejar hingga ke minit akhir perlawanan. Selangor pula terpaksa menyerahkan tiket ke pusingan akhir kepada Pahang setelah kalah 14-21 kepada pihak lawannya. 






Wednesday 5 June 2013

HARI KEEMPAT - 5 JUN 2013

Hari ini genap hari keempat Kejohanan Bola Baling MSSM 2013. Pada hari ini juga pasukan terus berentap merebut tempat untuk ke pusingan separuh akhir. Sebanyak 32 pasukan merangkumi kesemua kategori beradu kekuatan dalam peringkat suku akhir ini.

B12P: Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang

Pada kategori B12P, pasukan Johor tewas kepada Selangor dengan kedudukan 5-10, manakala nasib yang sama juga diterima oleh pasukan Terengganu apabila kalah 5-9 di tangan Sabah. Negeri Sembilan dan Perak  pula memperolehi kemenangan apabila masing-masing membenam pasukan Pulau Pinang dan Sarawak. Dengan keputusan tersebut telah memberi kelayakan kepada pasukan Selangor, Sabah, Negeri Sembilan dan Perak untuk ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu pula, bagi kategori B12L memperlihatkan bagaimana pasukan Pulau Pinang menerima kekalahan teruk oleh pasukan jelapang padi iaitu Kedah apabila tewas 7 berbalas 27. Sabah juga turut menewaskan Johor 20-15. Stadium Sultan Abdul Halim ini juga gamat semasa pertarungan antara pasukan Pahang bertemu Selangor. Pasukan Selangor berjaya mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi oleh pasukan Pahang dengan kedudukan 20 berbalas 18. Kelantan juga terpaksa akur kepada Perak setelah tewas dengan kedudukan mata 10-12.

B12L: Pulau Pinang bertemu Kedah...

Bersalaman...kalah menang adat pertandingan...

Walaupun tewas namun tetap mendapat sokongan penuh daripada jurulatih...
Beralih kepada kategori B18P, menyaksikan pertarungan yang tidak kurang hebatnya antara pasukan Kedah menentang Perak dengan berakhir kemenangan memihak kepada Perak 10-6. Kekalahan pasukan B12L Pahang terubat apabila pasukan B18P berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan kedudukan mata 12-5. Nasib yang sama juga dikongsi oleh Terengganu apabila pasukan B18P mereka berjaya memintas Perlis dengan keputusan 12-7. Walaupun Selangor berbangga dengan kejayaan pasukan B12P dan B12L yang layak ke pusingan separuh akhir, namun kontinjen ini terpaksa menerima kekalahan kepada Johor bagi pasukan B18P. Johor berjaya menewaskan Selangor dengan kedudukan 16 berbalas 6.



B18P: Kedah tewas kepada Perak..

Seterusnya bagi kategori B18L, Selangor sekali lagi membenam pasukan tuan rumah dengan kedudukan 21-13. Pahang juga berjaya memintas Kuala Lumpur dengan kemenangan 26 berbalas 13. Kelantan dan Perlis juga terpaksa mengundur diri daripada ke pusingan separuh akhir apabila tewas ditangan Terengganu dan Perak.

Pengadil bertugas tekun mendengar teguran daripada  Deligasi  Teknikal yang dilantik....


Untuk keputusan terkini sila klik: http://bbmssm2013.msskedah.net






Tuesday 4 June 2013

HARI KETIGA - 4 JUN 2013


Kejohanan Bola Baling MSSM 2013 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar telah masuk hari ketiga hari ini. Pada hari ini sebanyak 14 pertandingan yang melibatkan B12P dan B12L telah berjaya dilaksanakan. Perlawanan pada hari ini dianggap penting bagi penentuan kelayakan ke pusingan suku akhir.

Pada perlawanan pertama pagi ini memperlihatkan pasukan B12P Pulau Pinang mengalahkan pasukan Pahang dengan 16 berbalas 12. Sabah pula berjaya menewaskan pasukan Perlis 6-1, manakala pasukan Perak menundukkan Kelantan 10-5 walaupun pada separuh masa pertama Kelantan mendahului Perak dengan 5 berbalas 1.

Mara...pasukan Terengganu menentang Kuala Lumpur

Jurulatih Terengganu sedang memberi bimbingan kepada pasukan B12P...


Pada kategori yang sama juga Selangor telah menang dengan mudah apabila menundukkan pasukan tuan rumah iaitu Kedah 13 berbalas 5. Kejayaan yang sama turut dirasai oleh Terengganu dan Sarawak apabila kedua-dua pasukan ini menewaskan Kuala Lumpur dan Melaka bagi melayakkkan mara ke pusingan suku akhir esok. 

Sebanyak lapan pasukan bagi kategori B12P yang layak ke pusingan suku akhir. Pasukan yang menempa tempat ke pusingan tersebut adalah Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Perak, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor. Undian bagi pasukan yang layak ke suku akhir bagi kategori B12P ini telah diadakan pada jam 11.00 pagi dengan dihadiri oleh wakil kontinjen masing-masing.

Sesi undian...Pengurus-pengurus Pasukan B12P yang layak ke pusingan suku akhir





Pada hari ini juga pasukan Selangor meraikan kejayaan berganda apabila pasukan B12L layak ke pusingansuku akhir apabila berjaya membenam pasukan Melaka 26-13. Kejayaan yang sama turut dirasai oleh pasukan Perak setelah pasukan B12L turut menang mudah dengan Perlis iaitu pada kedudukan 19-4. 

Kedah menentang Sarawak

Kekalahan pasukan tuan rumah bagi B12P terubat apabila negeri ini berjaya menewaskan pasukan Sarawak 17-15. Pahang pula memperolehi kemenangan yang mudah ke atas Labuan apabila menewaskan pasukan tersebut dengan kemenangan 17 berbalas 5. Namun begitu dirasakan pasukan Labuan tetap mempamerkan kesungguhan bermain walaupun diberi peluang untuk menyertai kejohanan pada tahun ini.


Pasukan Terengganu pula terpaksa akur kepada Negeri Di Bawah Bayu apabila pasukan itu tewas 6-14 ditangan Sabah. Seterusnya Kelantan dan Johor telah memberikan kekecewaan kepada pasukan Negeri Sembilan dan Putrajaya apabila kedua-dua pasukan ini berjaya menempah tempat di suku akhir setelah menewaskan kedua-dua negeri tersebut.

Untuk keputusan yang terkini sila klik http://bbmssm2013.msskedah.net

Monday 3 June 2013


HARI KEDUA - 3 JUN 2013

Kejohanan Bola Baling MSSM 2013 telah masuk hari kedua. Sehingga jam 12:00 tengahari ini tadi, sebanyak 12 perlawanan telah berjaya dilangsungkan yang melibatkan kategori Perempuan Bawah 12 Tahun (B12P) dan Lelaki Bawah 12 Tahun(B12L).

Perlawanan Perempuan B12: Pertemuan Kedah menentang Kelantan...

Cepat bangun...pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu
Pada sesi perlawanan pertama pagi tadi, pasukan Perlis B12P terikat seri 6-6 dengan Pahang walaupun pada separuh masa awal Perlis mendahului Pahang 4-2. Pulau Pinang pula terpaksa akur kepada Sabah apabila tewas 9-6 kepada pasukan Negeri di Bawah Bayu. Nasib yang sama turut dirasai oleh Kelantan setelah akur dengan kekalahan kepada pasukan tuan rumah Kedah 11-7.

Bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun (B12L), Melaka seri kepada Kedah dengan keputusan terikat kepada 11-11. Di bawah kategori yang sama juga memperlihatkan pasukan Selangor meninggalkan Sarawak dengan   kemenangan 23 berbalas 9. Labuan juga turut mengalami kekalahan yang teruk ditangan Terengganu apabila tewas dengan pungutan mata 4-20.
Kedah menentang Melaka...

Perlawanan Lelaki B12: Pertemuan Selangor menentang Sarawak...


Untuk keputusan terkini klik http://bbmssm2013.msskedah.net







Sunday 2 June 2013

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM 2013

HARI PERTAMA- 2 JUN 2013


Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun: Negeri Sembilan Bertemu Kuala Lumpur


Tirai kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2013 telah disingkap seawal jam 8:00 pagi apabila pasukan Pahang bertemu Sabah bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun. Sehingga jam 12:00 tengahari, sebanyak 10 perlawanan telah berjaya dilangsungkan mengikut jadual yang dirancang. 


Tetap tekun mendengar nasihat dan teguran jurulatih...


Pada siri perlawanan ke 6 pertemuan antara Johor menentang Sarawak, kejayaan telah memihak kepada pasukan Johor dengan 7 berbalas 3. Kuala Lumpur juga terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Negeri Sembilan apabila tewas di tangan pasukan lawan 17-8.


Pasukan Kedah menentang Selangor...dengan kemenangan kepada  Kedah




Pasukan Lelaki B12:  Sabah bertemu Labuan

Bagi siri perlawanan kategori Lelaki Bawah 12 Tahun pula telah memperlihatkan saingan yang agak sengit kepada pasukan Selangor menentang Kedah. Pada perlawanan ke 7 ini, Kedah akhirnya berjaya menundukkan pasukan Selangor dengan kemenangan 19 berbanding 18 mata. Selain itu juga pasukan Melaka dan Sarawak seri pada mata 6-6 walaupun pasukan Melaka mendahului pasukan Sarawak 4-2 pada separuh masa perlawanan.





TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN DAN PENDAFTARAN PASUKAN








Alor Setar 31 Jun 2013- Taklimat Pengurus Pasukan dan Pendaftaran Pasukan telah dijalankan pada jam 8.30 malam bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Kedah. Pada sesi tersebut semua ketua pasukan telah diberikan taklimat berhubung kejohanan oleh pihak pengelola Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang diwakili oleh Ketua Unit Sukan iaitu Tuan Haji Syed Noor Affendi bin Syed Darus. Turut serta dalam taklimat tersebut adalah Penyelaras Bola Baling MSSM, Puan Nor Azlina binti Mohammed Suberi.